PENGHARGAAN



SEKALUNG PENGHARGAAN
Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya dapatlah kumpulan kami menyiapkan tugasan yang telah diberikan pada masa yang telah ditetapkan.
Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada encik muzammil hassan yang merupakan pengurus kilang Dermaga Metal Work Sdn.Bhd   kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar, panduan dan bantuan kepada kumpulan kami sepanjang menjalankan tugasan di Dermaga Metal Work Sdn.Bhd  dan juga membantu kami dalam menyiapkan laporan.
Di samping itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Encik Hasrin dalam membantu kami menjalankan kajian untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.
 Akhir sekali, kami juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut sama membantu secara langsung atau tidak langsung dalam membuat kajian dan laporan di Dermaga Metal Work Sdn.Bhd. Semoga segala tunjuk ajar dan bantuan kalian dapat diaplikasikan pada masa hadapan dan kami amat menghargainya. Pengalaman di  Dermaga Metal Work Sdn.Bhd ini merupakan satu pengalaman baru dan cukup menarik bagi kumpulan kami yang tidak akan kami lupakan.
Sekian Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment