Tuesday, 21 May 2013

DERMAGA METAL WORK -Part 4


4.0 PENGELUARAN DAN PENGURUSAN OPERASI SEMASA SYARIKAT

4.1 Pemahaman analisis SWOT

Analisis SWOT adalah teknik asas yang selalu digunakan di dalam pengurusan strategik, mempertingkatkan kecemerlangan organisasi, program pembangunan organisasi dan mengenalpasti kelebihan persaingan. Dalam pengurusan strategik, analisis SWOT digunakan untuk memastikan strategi yang digubal itu benar-benar berkemampuan untuk merealisasikan objektif, misi dan visi organisasi. Analisis ini terdiri daripada empat iaitu strength (S), weakness (W), opportunity (O) dan threads (T). Kekuatan dan kelemahan merujuk kepada situasi di persekitaran dalaman organisasi serta peluang dan ancaman pula merujuk kepada keadaan persekitaran luaran organisasi.

i. Kekuatan (Strength)
Kekuatan yang ada pada DERMAGA METAL WORK SDN. BHD (DMW) mempunyai satu pasukan pengendali berpengalaman, pengendali mesin yang pakar, QA / QC, sistem pengeluaran, pengurus pengeluaran dan kakitangan yang membantu dalam pengurusan bagi memastikan keseluruhan proses stamping bahagian untuk memenuhi keperluan yang paling tinggi. Dalam rekod DMW merupakan pembuat dan pengeluar stamping yang sangat baik, DMW telah mula membekalkan bahagian stamping kepada pengeluar bahagian automotif utama pada tahun 2010. Kualiti produk dan kepuasan pelanggan merupakan kunci kejayaan DMW. Di samping itu syarikat besar seperti PROTON, SAMSUNG dan PERODUA memberi kepercayaan kepada DMW untuk membekal produk kepada syarikat mereka dan ini merupakan kekuatan untuk syarikat terus berdaya saing dalam bidang automotif.

ii. Kelemahan (Weakness)
Kelemahan yang terdapatdalam DMW ialah dari segi modal. Ini kerana syarikat DMW merupakan satu syarikat yang dimiliki 100% olehbumiputradan modal pusingan syarikat pula sedikit iaitu RM 1000,000.00 dan sukar untuk berdaya saing dengan syarikat gergasi seperti Ingress Coporation Bhd yang mempunyai sumber kewangan yang besar serta mesin-mesin yang canggih. Selain itu, syarikat juga mempunyai masalah lain seperti pengangkutan yang terhad untuk menghantar produk kerana buat masa sekarang syarikat hanya mempunyai lori 10ton sahaja.

iii. Peluang (Opportunity)
Peluang yang terdapat dalam DMW untuk terus maju ialah mendapat kontrak untuk membekal produk kepada syarikat ECE Technologies Sdn Bhd. Ini merupakan peluang yang besar kepada syarikat DMW untuk terus maju dan berkembang luas kerana ECE Technologies Sdn Bhd merupakan satu syarikat elektrik dan elektronik yang global dan dikenali negara luar usahasama diantara Malaysia dan Korea.Syarikat DMW juga mendapat bantuan daripada kerajaan dari segi modal.

iv. Ancaman (Threat)
Ancaman yang terdapat DMW seperti kehilangan kontrak dengan syarikat Samsung. Ini kerana pihak Samsung sekarang menggunakan 100% plastik untuk rangka produk mereka. Kehilangan kontrak ini ialah telah menjejaskan reputasi syarikat serta memberi impak yang besar kepada keuntungan syarikat dimana syarikat telah mengalami kerugiaan.


4.2 Gambar Rajah Analisis SWOT






RAJAH 2: Analisis SWOT

4.3 Permasalahan terkini DMW Sdn. Bhd

Permasalah yang terbesar terdapat dalam DMW ialah dari segi kewangan. Ini kerana DMW mendapat kontrak yang bernilai jutaan ringgit tetapi modal pusingan yang ada pada masa sekarang tidak mencukupi untuk syarikat membeli bahan mentah serta mesin yang sesuai untuk menghasilkan produk yang ditempah. Disebabkan itu DMW yang dahulunya saham dimiliki sepenuhnya oleh En. Adnan Abdullah tetapi terpaksa dijual atau dibuka 60% kepada KNE Sdn Bhd untuk menyuntik modal syarikat supaya ia terus berdaya saing dan menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi syarikat. Selain itu DMW kekurangan mesin-mesin yang baru kerana nilai sesebuah mesin stamping bernilai ratusan ribu serta tiada mesin membuatnya.

Pengangkutan juga menjadi satu masalah kepada syarikat untuk membuat penghantaraan produk yang telah siap dipetenkan. Syarikat hanya mempunyai lori 10 ton sahaja dimana ia tidak mencukupi untuk membuat penghantaran yang banyak. Di sebabkan itu syarikat terpaksa menanggung kos pengangkutan yang mahal.

4.4 Potensi Masalah Yang Dihadapi Oleh Syarikat

Masalah yang paling utama di sesebuah syarikat. Pekerja mempunyai peranan penting dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Masalah yang dapat dikenalpasti di syarikat ini adalah pekerja yang cuai dalam melakukan tugasan seperti ‘stampling’. Apabila pekerja cuai dalam kerja sebegini, sudah tentu produktiviti yang dihasilkan akan berkurangan. Selain itu, pekerja juga tidak mematuhi etika semasa berada di kilang dan boleh menyebabkan mereka berada dalam keadaan yang bahaya. Selain itu permasalah pekerja yang tidak mencukupi juga akan menyebabkan produk yang dijalankan akan tertangguh.

Setiap syarikat memerlukan mesin untuk menjalakan sesuatu pekerjaan. Mesin juga boleh menyebabkan penurunan sesebuah produktiviti. Kami dapat kenal pasti faktor mesin ini apabila mesin ini rosak, produktiviti yang dijalankan oleh syarikat akan tertangguh dan produk yang dihasilkan akan mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Mesin yang kurang juga akan menyebabkan sesuatu kerja dilakukan akan lambat siap dan permintaan pelanggan terhadap sesuatu produk lambat untuk dipenuhi.





 Pengangkutan

Pengangkutan juga menjadi satu masalah kepada syarikat untuk membuat penghantaran produk yang telah siap dipetenkan. Syarikat hanya mempunyai lori 10 ton sahaja dimana ia tidak mencukupi untuk membuat penghantaran yang banyak. Di sebabkan itu syarikat terpaksa menanggung kos pengangkutan yang mahal.

Bangunan

Masalah bangunan atau kawasan yang dihadapi oleh syarikat ialah masalah keselamatan barang-barang yang ditempatkan ini kerana syarikat hanya mempunyai pengawal seorang pada sebelah pagi dan seorang sebelah malam. Disebabkan kekurangan ini ialah telah menyebabkan kes kecurian berlaku serta premis bangunan ini tidak dilengkapi cctv.

Manusia
Masalah manusia yang dimaksudkan ialahpekerja. Pekerja mempunyai peranan penting dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Masalah yang dapat dikenalpasti di syarikat ini adalah pekerja yang cuai dalam melakukan tugasan seperti ‘stampling’. Apabila pekerja cuai dalam kerja sebegini, sudah tentu produktiviti yang dihasilkan akan berkurangan. Selainitu, pekerja juga tidak mematuhi etika semasa berada di kilang dan boleh menyebabkan mereka berada dalam keadaan yang bahaya.Selain itu permasalah pekerja yang tidak mencukupi juga akan menyebabkan produk yang dijalankan akan tertangguh.

 Kewangan

Permasalah yang terbesar terdapat dalam DMW ialah dari segi kewangan. Ini kerana DMW mendapat kontrak yang bernilai jutaan ringgit tetapi modal pusingan yang ada pada masa sekarang tidak mencukupi untuk syarikat membeli bahan mentah serta mesin yang sesuai untuk menghasilkan produk yang ditempah. Disebabkan ini ia akan melambat kerja-kerja kontrak yang dijanji kepada pelanggan











No comments:

Post a Comment