Tuesday, 21 May 2013

DERMAGA METAL WORK -Part 5


5.0 PENGELUARAN DAN PENGURUSAN OPERASI SYARIKAT PESAING

5.1 Pemahaman analisis SWOT

Syarikat pesaing ini mempunyai pelbagai cara untuk lebih mengenalpasti sebarang masalah yang berlaku dan bakal dihadapi pada masa hadapan. Syarikat ini juga mempunyai kekuatan (Strength), kelemahan (Weakness), peluang (Opportunity), dan ancaman (Threat) yang dikenali sebagai SWOT dalam menjalankan proses pengeluaran dan pengurusan operasi.

i. Kekuatan (Strength)

Kekuatan Ingress adalah melalui kerjasama dengan beberapa buah negara untuk mengambil atau mendapatkan latihan kepada pekerja yang berada dalam Ingress ini. Antara negara yang terlibat dengan Ingress adalah Jepun, Indonesia, Thailand dan Filipina. Kesemua dari negara ini juga sekaligus merupakan pelanggan tetap kepada Ingress. Syarikat ini bekerjasama secara langsung dengan Proton, Perodua, Thai Summit Autoparts, Ford Global, Auto Alliance (Thailand) Co. Ltd, Ingress Technologies Sdn. Bhd., dan P.T. Ingress Malindo Ventures. Usahama ini adalah memberi peluang untuk Ingress mampu ke hadapan lagi sekaligus menjadi batu loncatan untuk menjadi lebih maju.

ii. Kelemahan (Weakness)

Ingress mempunyai kelemahan yang utama adalah disebabkan masalah kewangan. Ini kerana syarikat ini mempunyai banyak percangan pada masa hadapan tetapi kewangan ataupun modal yang diperlukan adalah kurang. Buat masa kini, syarikat ini cuma mempunyai kelemahan dari bahagian pengurusan kewangan. Pada masa ini, Ingress ingin melaksanakan projek di Indonesia untuk Syarikat Suzuki dan projek ini memerlukan modal pelaburan yang besar. Oleh itu, pihak pengurusan Ingress telah memutuskan untuk melepaskan beberapa kepentingan dalam anak-anak syarikat kepada pihak lain yang berminat bagi mengimbangi keperluan modal tersebut. Di sini dapat dilihat, Ingress mempunyai kelemahan dalam pengurusan apabila medapat projek yang baru.

iii. Peluang (Opportunity)

Ingress mempunyai banyak peluang untuk lebih maju lagi. Antaranya ialah Kumpulan Ingress mempunyai keupayaan untuk merekabentuk, membina, menguji serta memula tugaskan pencawang elektrik dan talian penghantaran melalui subsidiarinya Multi Discovery Sdn. Bhd. (MDSB). Rekod prestasinya menunjukkan pencapaian yang membanggakan disokong oleh tenaga pekerja yang mempunyai kepakaran serta pengalaman. MDSB pernah melaksanakan beberapa projek pencawang dan talian penghantaran voltan tinggi bagi Tenaga Nasional Berhad (TNB). Di samping itu, subsidiarinya, Ramusa Engineering Sdn. Bhd. (RESB), terlibat dalam rekabentuk, kejuruteraan, pemerolehan, pemasangan dan penyelenggaraan mekanikal dan elektrik bagi projek bangunan dan infrastruktur, sekaligus melengkapkan perkhidmatan syarikat dalam bidang perkhidmatan kejuruteraan kuasa.

iv. Ancaman (Threat)

Melalui projek Enterprise Resource Planning System (ERP), terdapat pelbagai halangan dan cabaran yang boleh diklasifikasikan sebagai ancaman kepada Ingress. Projek ERP ini adalah perlaksanaan sumber perniagaan yang melibatkan semua anak syarikat Kumpulan Syarikat Ingress secara berperingkat-peringkat bermula dengan Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB). Namun begitu, projek ini tidak mendapat sokongan sepenuhnya dari beberapa jabatan dan individu. Selain itu, sambutan yang kurang menggalakkan terhadap latihan yang disediakan kerana lebih mementingkan operasi semasa. Oleh itu, kejadian ini akan menyebabkan Syarikat Ingress sulit untuk melaksanakan projek ERP ini dan mungkin akan memberi ancaman yang ketara untuk bergerak lebih maju lagi.

5.2 Gambar Rajah Analisis SWOT





5.3 Masalah Terkini Syarikat Pesaing

Syarikat Ingress merupakan pengeluar produk automotif yang terbesar di Asia. Namun begitu, terdapat beberapa masalah terkini yang dihadapi iaitu masalah kekurangan kapasiti. Ini telah menyebabkan Ingress memberi kontrak kepada syarikat luar. Apabila keadaan ini berlaku, syarikat Ingress terpaksa menanggung risiko yang besar kerana sekiranya berlaku kerosakan terhadap produk tersebut, pelanggan sudah tentu akan mencari syarikat pengeluar yang utama. Ini adalah masa terkini yang dihadapi oleh Syarikat Ingress walaupun terdapat beberapa masalah lagi yang dihadapi oleh Ingress. Masalah produktiviti yang berkurangan juga merupakan masalah yang dihadapi oleh syarikat pesaing ini tetapi yang menjadi masalah terkini adalah kekurangan kapasiti.

5.4 Potensi Masalah Yang Dihadapi Oleh Pesaing


Masalah yang dihadapi oleh Syarikat Ingress adalah masalah produktiviti yang dikeluarkan tidak mengikut masa yang ditetapkan. Namun begitu, ini bukanlah masalah yang utama kerana syarikat ini tidak mengalami apa-apa masalah yang besar sehingga boleh merugikan syarikat mereka sendiri. Selain itu, terdapat juga masalah dari segi pengurusan yang tidak efisyen dan masalah dalam hal kewangan.

5.5 Gambar Rajah Tulang Ikan







Terdapat empat faktor yang mempengaruhi masalah produktiviti iaitu faktor manusia, peralatan, mesin, dan kaedah.

i. Manusia

Faktor manusia adalah yang paling utama di sesebuah syarikat. Manusia mempunyai peranan penting dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Masalah yg dapat dikenalpasti di Syarikat Ingress ini adalah manusia (pekerja) cuai dalam melakukan tugasan seperti ‘stampling’. Apabila pekerja cuai dalam kerja sebegini, sudah tentu produktiviti yang dihasilkan akan berkurangan. Selain itu, pekerja juga tidak mematuhi etika semasa berada di kilang dan boleh menyebabkan mereka berada dalam keadaan yang bahaya.

ii. Peralatan

Peralatan juga merupakan faktor yang menyebabkan produktiviti dalam syarikat ini semakin berkurangan. Peralatan yang digunakan oleh syarikat ini adalah bersesuaian, namun terdapat peralatan yang bahaya jika tidak digunakan dengan berhati-hati. Jika peralatan yang disediakan bahaya, sudah tentu pekerja akan takut untuk menggunakannnya dan sekaligus akan memberikan impak yang negatif kepada pengeluaran sesuatu produk. Terdapat juga peralatan yang disediakan adalah kurang berkualiti dan akan menyebabkan pelanggan tidak ingin membeli produk tersebut.

iii. Mesin

Setiap syarikat memerlukan mesin untuk menjalakan sesuatu pekerjaan. Mesin juga boleh menyebabkan penurunan sesebuah produktiviti. Kami dapat kenalspasti faktor mesin ini apabila mesin ini rosak, produktiviti yang dihasilkan oleh Syarikat Ingress akan berkurang dan produk yang dihasilkan akan mengambil masa yang lama. Mesin yang kurang juga akan menyebabkan sesuatu kerja dilakukan akan lambat siap dan permintaan pelanggan terhadap sesuatu produk lambat untuk dipenuhi.

iv. Kaedah

Faktor kaedah ini boleh dikenalpasti melalui kaedah ‘stampling’ yang dilakukan juga oleh Syarikat DMW Sdn.Bhd. Kaedah ‘stampling’ bagi sesetengah pekerja adalah mudah tetapi memerlukan kepakaran apabila membuat kerja tersebut. Sekiranya, ‘stampling’ yang dilakukan adalah salah, maka ini akan menjejaskan produktiviti Syarikat Ingress tersebut. Kaedah yang dilakukan tidak mengikut sistem juga akan menjejaskan pengeluaran sesuatu produk terutamanya bagi produk ‘role forming’.

Walaupun terdapat empat faktor ini yang menyebabkan produktiviti Syarikat Ingress ini berkurang, tetapi ini bukanlah masalah yang besar. Hal ini kerana, Ingress dapat mengenalpasti lebih awal masalah yang dihadapi dan mengambil langkah lebih awal untuk mengatasi masalah tersebut. Keempat-empat faktor ini tidak memberi kesan yang banyak terhadap pengeluaran sesuatu produk di Syarikat Ingress di tambah pula Ingress adalah syarikat pengeluar automotif yang terbesar di Asia dan telah lama beroperasi.




























No comments:

Post a Comment