6.0 ANALISIS STRATEGI SYARIKAT DMW SDN BHD.
6.1 Analisis Strategi Terkini Syarikat DMW Sdn Bhd.
6.1 .1 Analisis terhadap isu kualiti
Peningkatan dalam kualiti membantu DMW membina strategi pembezaan, kos rendah dan respons yang berjaya. DMW akan memastikan pengeluaran produk pada paras kualiti yang dijangkakan dengan kawalan proses yang betul dengan menggunakan mesin-mesin yang berkuasa tinggi. Terdapat beberapa jenis mesin yang digunakan bagi menghasilkan produk yang berkualiti. Analisis yang dilakukan menunjukkan pengurus operasi bertanggungjawab menentu dan mengesahkan kualiti tersebut melalui penyeliaan bahawa sistem tersebut beroperasi mengikut piawaian.Penyeliaan yang dilakukan melibatkan menguji bahan, memegang, menimbang dan sebagainya. Matlamat DMW adalah untuk mengesan proses yang kurang berkualiti dengan sertamerta. Kualiti merupakan satu isu yang penting bagi membaiki operasi. Mengurus kualiti dapat membantu membina strategi pembezaan, kos rendah dan respon yang berjaya. Peningkatan dalam kualiti membantu syarikat menambah pegangan mereka dalam pasaran dan mengurangkan kos. Peningkatan dalam pegangan pasaran selalu berlaku apabila syarikat memberi respon dengan segera, mengurangkan harga jualan hasil daripada ekonomi bidangan dan memperbaiki reputasi mereka bagi keluaran berkualiti. Peningkatan kualiti akan mengurangkan kos apabila DMW meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kerja semula dan kos waranti.
6.1.2 Analisis tentang isu kecekapan
Analisis isu kecekapan atau produktiviti merupakan suatu alat sukatan kawalan kecekapan pengurusan yang penting bagi seorang pengurus organisasi untuk mengenalpasti darjah imput yang sesuai dalam proses penghasilan output yang dihasilkan kelak berada pada aras yang diingini. Pembuatan produk melibatkan sebilangan input dan output yang perlu dipertimbangkan serentak dalaman alisis yang dilakukan supaya keputusan yang diperolehi benar-benar mencerminkan kecekapan pengeluaran produk. Dalam perkembangan statistik dan teknologi, terdapat banyak kaedah yang boleh diaplikasikan untuk mengukur kecekapan pembuatan produk.
6.1.3 Analisis tentang isu kebergantungan
Kebergantungan tugas di DMW menunjukkan kesemua faktor iaitu faktor keputusan, persepsi dan matlamat mempunyai hubungan dengan konflik.
6.1.4 Analisis tentang isu kefleksibelan
Isu kefleksibelan dari aspek pengurusan bahan kebanyakan daripada penyelidik hanya menfokuskan kepada kefleksibelan mesin, perancangan tertib pengeluaran dan proses. Isu kefleksibelan produk dan jumlah produk jarang dikaji. Hal ini demikian kerana kefleksibelan bergantung dengan banyaknya kepada pengurusan rangkaian pembekalan daripada penjual bahan. Objektif kajian ini ialah menyelidik idea-idea yang inovatif untuk meningkatkan danmemperbaiki tahap kefleksibelan perkilangan.
6.2 Menilai startegi dan menganalisis yang sesuai.
6.2.1 Analisis tentang Produk Baru
Analisis terhadap produk baru merupakan suatu alat sukatan kawalan kecekapan pengurusan yang penting bagi seorang pengurus organisasi untuk mengenalpasti produk sesuai dalam berdaya saing sesebuah industri. Ini kerana dengan adanya produk-produk baru yang dihasilkan oleh syarikat dapat memberi kekuatan syarikat untuk terus berdaya saing dengan syarikat luar yang sama dalam industri automotif. Ia juga memberi peluang kepada syarikat untuk terus maju seperti mendapat kontrak ECE technology Sdn Bhd yang bernilai RM 5juta. Syarikat juga boleh menganalisis produk baru seperti dalam kesihatan dan keselamatan kerana ia memberi peluang yang besar untuk syarikat meneroka dalam bidang tersebut dan terus maju sejajar dengan objektif syarikat iaitu menjadi pengeluar produk yang dikenali ramai.
6.3 Strategi yang paling berkesan
Strategi yang paling berkesan untuk digunakan ialah strategi kecekapan dalam menghasilkan sesuatu produk supaya dapat mengurangkan kos waranti serta menjimatkan masa penghasilan dan strategi kefleksibelan mesin dalam mengeluarkan produk.
No comments:
Post a Comment