Monday, 20 May 2013

DERMAGA METAL WORK SDN.BHD part.1

1.0         INDUSTRI
1.1         Latar Belakang Industri
Sektor automotif merupakan industri penting kepada ekonomi Malaysia. Sumbangan sektor ini kepada ekonomi negara adalah besar, serta berkait rapat dengan sektor pembuatan dan perkhidmatan. Sektor automotif bermula dengan pengimportan kenderaan yang kemudiannya berkembang kepada operasi pemasangan serta pembangunan industri komponen automotif. Industri pembuatan Malaysia mula berkembang pesat sejak awal 1980an apabila negara menyaksikan peralihan ekonomi daripada yang berasaskan pertanian kepada yang berasaskan industri.

Penubuhan Proton pada tahun 1985 diikuti dengan Perodua pada tahun 1993 bertindak sebagai pemangkin kepada perkembangan sektor automotif. Ini turut menyebabkan perkembangan industri komponen automotif yang seiring. Ini menandakan bermulanya fasa baru bagi sektor automotif Malaysia di mana teknologi dan kemampuan tempatan dibangunkan sejajar dengan Pelan Induk Industri Kerajaan. Dalam konteks ini, Malaysia berbangga menjadi satu-satunya negara membangun di dunia yang memiliki kemampuan rekabentuk automotif dan kejuruteraannya sendiri. Peralihan besar ini bertolak dari kesedaran bahawa negara perlu mengurangkan kebergantungan ke atas import dan perlu mewujudkan sektor berasaskan teknologi bagi menjamin kejayaan ekonomi negara. Teras Pertama dalam Rancangan Malaysia Ke-9 menyatakan hasrat Kerajaan untuk memberi tumpuan secara berterusan terhadap beberapa bidang tertentu termasuk industri pembuatan.

Industri ini mempunyai kaitan dengan perniagaan pembuatan produk, tidak termasuk utiliti, pengangkutan dan syarikat-syarikat kewangan. Analisis industri adalah suatu alat pasaran strategik yang digunakan oleh peniaga untuk menentukan sama ada mereka mahu memasuki pasaran produk atau perkhidmatan. Selain itu, industri ini juga satu jenis penyelidikan pelaburan yang bermula dengan memberi tumpuan kepada status industri. Istilah-istilah industri dan sektor sering digunakan silih berganti untuk mengambarkan satu kumpulan syarikat yang beroperasi dalam segmen ekonomi yang sama atau berkongsi satu jenis perniagaan yang serupa. 

Walaupun istilah industri ini yang biasa digunakan silih berganti tetapi sebenarnya ia mempunyai makna yang berbeza dan istilah industri mengambarkan satu kumpulan yang lebih khusus kepada syarikat atau perniagaan. Syarikat pengurusan perlu menganalisis beberapa aspek industri dengan lebih berhati-hati untuk menentukan sama ada perniagaan tersebut boleh membuat keuntungan atau tidak dengan menjual barangan dan perkhidmatan di pasaran. Pasukan kerja dalam industri keseluruhan adalah satu komponen penting dalam perancangan strategik yang berkesan. Analisis industri membolehkan pemilik perniagaan mengenal pasti ancaman dan peluang yang bakal dihadapi oleh peniaga serta memberi tumpuan kepada sumber-sumber mereka untuk membangunkan keupayaan yang unik dan boleh membawa kepada kelebihan kompetitif.

Analisis industri terdiri daripada tiga elemen iaitu kuasa-kuasa asas di tempat kerja dalam industri, daya tarikan keseluruhan industri dan faktor-faktor kritikal yang menentukan kejayaan sesebuan perniagaan dalam industri. Industri perniagaan bergantung kepada lima kuasa iaitu potensi untuk pesaing baru memasuki pasaran, kuasa tawar-menawar pembeli dan pembekal, ketersediaan barang-barang gantian dan pesaing serta ciri-ciri pesaing.



1.2    Peralatan Dalam Industri

                             
                          Rajah 1 : Jenis-Jenis Industri Pembuatan di Malaysia

Merujuk kepada  gambar rajah 1 di atas menujukkan jenis sektor atau industri pembuatan kenderaan adalah merupakan industri yang kurang meluas di Malaysia iaitu mencatat peratusan yang paling rendah sebanyak 48.28% berbanding dengan sektor-sektor yang lain.

Agensi kerajaan adalah agensi dan syarikat perunding yang menawarkan perkhidmatan berkaitan dengan analisis penyelidikan industri. Sumber-sumber ini boleh memberikan maklumat yang relevan serta maklumat kuantitatif yang banyak kepada trend naratif dan boleh membuat perubahan dalam industri. Alat-alat agensi kerajaan dalam industri adalah orang-orang tertinggi dalam kerajaan yang akan memantau industri untuk mendapat dan menyediakan data yang boleh dipercayai. Mereka memainkan peranan utama yang bertindak sebagai badan yang memantau dan mempunyai akses kepada data dalam kuantiti yang besar. 

 1.3  Kunci Persaingan

 Pesaing dianggap sebagai salah satu asas dalam ekonomi pasaran kapitalis. Bidang ekonomi asas yang wujud ialah persaingan jangka pendek yang menyebabkan kewujudan persaingan dalam struktur pasaran yang berbeza untuk mencari atau mendapatkan keputusan dalam ekonomi pasaran. Bahagian yang paling penting membuat idea baru agar berjaya adalah untuk mengetahui dan memahami kunci kepada pesaing utama sebelum membuat rancangan perniagaan. Pesaing utama dalam perniagaan perlu untuk melakukan beberapa kajian yang menyeluruh tentang perniagaan mengetahui siapa pesaing yang bersaing dengan kita. Di samping itu, persaingan juga harus dikenalpasti dalam peniagaan yang mempunyai beberapa strategi yang berkesan yang boleh menjadi pesaing bagi perniagaan kita pada masa hadapan. Persaingan akan wujud dalam apa jua keadaan terutama apabila perniagaan tersebut berkembang.

Apa yang dikatakan sebagai pesaing ialah mengeluarkan produk atau perkhidmatan yang sama, terutamanya dari segi kualiti. Industri pembuatan kenderaan merupakan industri yang bernilai tinggi berkembang pesat pada hari ini. Apabila berada di landasan yang sama dan mengedar produk pembuatan yang sama mungkin antara Syarikat Demaga Metal Work Sdn. Bhd. ini akan menghasilkan kualiti produk yang lebih baik dan berkualiti. Persaingan akan wujud di mana-mana industry untuk bersaing. Persaingan dalam perniagaan akan membawa kepada peningkatan dan memajukan lagi perniagaan sekiranya peniaga berjaya menghadapi persaingan.

Jenis industri yang dijalankan oleh Syarikat Dermaga Metal Work Sdn. Bhd ialah industri pembuatan peralatan besi bagi menghasilkan komponen kecil  untuk kenderaan terutamanya pacuan empat roda. Antara fungsi-fungsi perniagaan syarikat Dermaga Metal Work ialah mengeluarkan bahagian-bahagian kecil untuk kenderaan contohnya “ bahagian pintu kereta”, bagi jenama untuk kereta  Perodua, Proton.

No comments:

Post a Comment