7.0 ANALISIS STRATEGI OLEH SYARIKAT PESAING.
7.1 Strategi terkini syarikat pesaing iaitu syarikat Ingress Corporation.
7.1.1 Pertambahan kilang baru
Terdapat banyak pesaing DMW Sdn.Bhd dalam industry yang sama dengannya. Antara pesaing-pesaingnya ialah ETI Company Sdn.Bhd, Suria Company Sdn.Bhd, TWC Company Sdn.Bhd dan sebagainya. Walaubagaimanapun syarikat-syarikat ini bukan pesaing utama dan tidak memberikan kesan yang besar kepada DMW Sdn.Bhd. syarikat Ingress Corporation merupakan syarikat pengeluar barangan automotif yang terbesar, bukan sahaja bukan sahaja di Malaysia tetapi juga yang tersebar di Asia Tenggara. Syarikat ini mempunyai anak syarikat di luar negara seperti di Thailand dan Indonesia.
Syarikat Ingress Corporation ini melebarkan kejayaan mereka dengan menggunakan strategi yang berkesan yang dapat membantu syarikat mereka. Antara strategi terkini yang dilakukan oleh syarikat Ingress Corporation ini ialah menambahkan kilang untuk menambahkan kapasiti sekaligus dapat meningkatkan produktiviti syarikat. Syarikat ini mendapat pelbagai tender daripada pengeluar kereta seperti PROTON, PERODUA, HONDA dan sebagainya. Walaubagaimanapun, kekurangan kapasiti menyebabkan syarikat Ingress Corporation terpaksa subkontrak kepada syarikat lain. Ini termasuk DMW yang mendapat tender daripada syarikat Ingress Corporation. Oleh yang demikian, untuk mengurangkan subkontrak kepada syarikat luar sekaligus memberikan pendapatan kepada syarikat mereka.
7.1.2 Keluarkan produk baru.
Selain itu juga, strategi terkini syarikat Ingress Corporation ialah mengeluarkan produk yang sendiri yang tidak dikeluarkan oleh syarikat lain. Mereka Menambah produk dan perkhidmatan bagi memperluaskan aktiviti yang bukan sahaja focus kepada satu produk dan perkhidmatan. Ini menunjukkan syarikat mereka memonopoli barang tersebut. Produk yang dikeluarkan syarikat Ingress Corporation sendiri ialah roll forming yang tiada di syarikat lain. Disebabkan mereka mengeluarkan produk sendiri maka mereka juga telah mencipta mesin khas untuk membuat roll forming tersebut dengan cetakan tersendiri yang tidal terdapat oleh syarikat lain.
7.2 Menganalisis dan menilai strategi yang sesuai.
7.2.1 Penentuan nilai sasaran
Oleh kerana syarikat Ingress Corporation adalah syarikat yang terbesar mereka banyak menggunakan strategi bagi memastikan mereka sentiasa syarikat yang utama dan gah dalam bidang automotif.
Antara strategi yang sesuai digunakan ialah menentukan nilai sasaran di mana setiap kumpulan mestilah membuat analisa yang mendalam supaya faktor-faktor yang menghalang tercapainya matlamat sasaran difahami dengan jelas. Nilai sasaran juga boleh ditentukan berdasarkan ketetapan dari polisi syarikat atau polisi tahunan jabatan. Contohnya, pengurangan kos pengeluaran tahunan sebanyak 20%, mesin rosak 15%, rungutan pelanggan 25% dan lain-lain.
7.2.2 Analisa permasalahan syarikat
Selain itu, mengenalpasti dan menganalisa masalah dalam syarikat. Melakukan analisa yang menghubungkait antara “sebab” dan “kesan” sesuatu masalah. Sekiranya kita tahu punca sesuatu permasalahan kita dengan mudah dapat menyelesaikannya. Pihak pengurusan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah. Masalah yang dihadapi tidak dipandang remeh kerana sedikit sebanyak pasti akan mempengaruhi syarikat. Sebelum ia menjadi besar penyelesaian perlu dilakukan dengan segera.
7.2.3 Pelupusan syarikat
Seterusnya, pelupusan syarikat yang tidak menguntungkan tanpa menjejaskan pendapatan syarikat. Di mana menutup syarikat-syarikat yang tidak memberi keuntungan kepada syrikat. Penutupan syarikat yang tidak menguntungkan ini mestilah tidak akan menjejaskan pendapatan syarikat sekaligus sekiranya pelupasan dilakukan pendapatan syarikat akan meningkat.
7.2.4 Kursus dan latihan pembangunan
Melakukan kursus dan latihan ke atas warga Ingress bagi meningkatkan mutu pengurusan dalam pekerja. Latihan dan pembangunan dilakukan bagi memperbaiki kelemahan yang terdapat pada pekerja-pekerja syrikat. Selain itu, aktiviti ini juga dapat menampahkan pengetahuan dan kemahoran untuk melakukan yang terbaik dalam tugasan mereka.
7.2.5Peranana pengurusan
Selanjutnya, pihak pengurusan juga perlu memainkan peranan mereka dengan mengambil pekerja yang berkelayakan dan mempunyai kemahiran supaya tidak bermasalah dalam melakukan tugasan. Pekerja-pekerja mestilah mematuhi arahan yan terdapat di dalam syarikat.
Pengurusan perlu memantau prestasi pekerja dalam melakukan tugasan. Melakukan pemeriksaan persekitaran di tempat kerja supaya dalam keadaan yang terkawal dan selamat.
7.3 Strategi yang paling berkesan.
7.3.1 Pelupusan syarikat
Antara strategi yang paling berkesan ialah pelupusan anak syarikat yang tidak menguntungkan syarikat Ingress Corporation. Pelupusan syarikat ini akan mngurangkan kos kerana tidak melakukan aktiviti. Walaubagimanapun, syarikat ini tidak menguntungkan adalah kerana faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan seperti faktor kedudukan dimana kedudukan yang tidak strategik dan menyukarkan orang luar untuk datang. Oleh itu, syarikat Ingress Corporation boleh menambahkan anak syarikat dengan memikirkan tempat yang terancang dan mudah. Pertambahan anak syarikat akan meningkatkan kapasiti dan mengurangkan subkontrak projek kepada syarikat luar.
7.3.2 Produk baru
Keberkesanan mencipta produk baru menyebabkan syarikat luar tidak dapat bersaing dengan syarikat Ingress Corporation. Ini memberi peluang kepada syarikat Ingress Corporation untuk memonopoli barangan yang mereka cipta sendiri. Ini menyebabkan mereka mengikat kontrak dengan syarikat yang memerlukan barangan tersebut. Keadaan ini akan meningkatkan pendapatan syarikat dan menjadi peneraju aktiviti yang utama kerana tiada saingan.
No comments:
Post a Comment