8.0 CADANGAN SYARIKAT.
8.1 Pelaksanaan Pemilihan Strategi.
8.1.2 Penggerak
DMW Sdn.Bhd melakukan pelbagai strategi bagi memperbaiki mutu produk dan perkhidmatan syarikat mereka. Bagi melaksanakan strategi tersebut, syarikat ini mestilah mempunyai penggerak bagi menjalankan strategi tersebut. Dalam hal ini pihak pengurusan memainkan peranan penting dalam menggerakkan perancangan strategi. Sekiranya strategi sudah dirancang tetapi tiada penggerak untuk melakukannya ianya tidak akan memberikan kesan terhadap pembangunan syarikat.
8.1.3 Sanggup tanggung risiko
Setiap pembaharuan yang dilakukan bagi memperbaiki mutu produk dan perkhidmatan mestilah mempunyai risikonya sendiri samada kecil ataupun besar. Syarikat mesti berani menerima segala kesan dalam melaksanakan strategi tersebut. Oleh sebab itu, syarikat mestilah memikirkan dan memilih strategi yang terbaik untuk dilakukan bagi mengelakkan sebarang kemungkina berlaku terhadap syarikat.
8.1.4 Fokus pada matlamat
Pelaksanaan strategi mestilah mencapai matlamat yang diingini oleh syarikat. Di mana ia sangat penting bagi memastikan misi syarikat dicapai. Selain itu, misi syarikat dicapai dengan menyediakan hala tuju untuk mencapai misi sesebuah syarikat yang ditetapkan oleh syarikat. Menyatukan organisasi bagi bersama-sama menjayakan strategi yang dirancang dengan sebaik yang mungkin. Membuat keputusan yang konsisten yang memudahkan dalam menggerakkan perancangan strategi yang telah dibuat. Seterusnya, organisasi bergerak ke arah yang betul mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
8.2 Langkah –Langkah Pelaksanaan
8.2.1 Kenal pasti tugas utama.
Antara langkah-langkah pelaksanaan strategi syarikat DMW Sdn.Bhd lakukan yang pertama ialah mengenalpasti tugasan utama. Di mana, tujuan syarikat ditubuhkan mestilah dititikberatkan. Mengetahui apa yang dilakukan. Ia juga merupakan menentukan pesaing-pesaing yang sama bidang dengan syarikat. Dalam pembentukan strategi mestilah mengambil kira tentang misi dan visi sesebuah syarikat. Selain itu, dalam perniagaan perlulah mengetahui kehendak pelanggan. Strategi yang perlu dijalankan merangkumi kewangan, operasi dan pemasaran. Kehendak dalam perniagaan juga adalah elemen dalam pembentukan strategi.
8.2.2 Menilai kecekapan
Langkah pelaksanaan yang kedua ialah menilai kecekapan teras. Di mana syarikat DMW Sdn.Bhd melakukan yang terbaik berbanding dengan syarikat-syarikat lain. Syarikat melakukan perkara yang terbaik dalam perkhidmatan, kualiti yang tinggi, penghantaran yang cepat atau kos yang rendah. Berusaha untuk menjadi yang pertama untuk pasaran dengan reka bentuk yang inovatif dan kualiti yang lebih baik. Pengalaman, pengetahuan dan tahu bagaimana kecekapan teras yang mewakili kelebihan daya saing yang mampan.
8.2.3 Tentukan permintaan dan kelayakan
Ketiga, DMW Sdn.Bhd menentukan berapa banyak permintaan atau kelayakan yang penting. Sebuah syarikat menghadapi masalah jika melakukan yang terbaik tidak penting kepada pelanggan itu. Oleh itu , ia adalah penting untuk melihat ke arah pelanggan untuk menentukan apa yang mempengaruhi keputusan pembelian mereka.
8.2.4 Peletakan kedudukan
Keempat ialah peletakan syarikat DMW Sdn.Bhd, kedudukan strategik melibatkan membuat pilihan dengan memilih satu atau dua perkara penting yang memberi kebaikan kepada pengguna. Strategi kedudukan sebuah firma mentakrifkan bagaimana ia akan bersaing dalam pasaran nilai yang unik, ia akan menyerahkan kepada pelanggan. Strategi kedudukan yang berkesan mempertimbangkan kekuatan dan kelemahan organisasi, keperluan pasaran, dan kedudukan pesaing. Syarikat-syarikat boleh dibezakan dengan perbandinagan pada kos, kelajuan, kualiti, dan fleksibiliti.
8.2.5 Pelaksanaan
Kelima ialah menggerakkan strategi DMW Sdn.Bhd . Strategi pelaksanaan boleh menjadi lebih sukar daripada merangka strategi. Jabatan yang berlainan atau bahagian yang berfungsi dalam suatu firma boleh mentafsirkan strategi yang sama dalam cara yang berbeza. Jika usaha mereka tidak diselaraskan, hasilnya boleh membinasakan. Penggunaan polici atau penggunaan dasar cuba untuk menumpukan semua orang dalam sesebuah organisasi pada matlamat keutamaan dan biasa dengan menterjemahkan strategi korporat kepada objektif diukur sepanjang fungsi dan peringkat organisasi. penilaian yang seimbang yang termasuk metrik yang berkaitan dengan pelanggan, proses, pembelajaran dan perkembangan, serta kewangan.
8.3 Penambahbaikan Selepas Pelaksanaan.
8.3.1 Pemantauan
Selepas melaksanakan strategi, DMW Sdn.Bhd hendaklah melakukan penambahbaikan. Antaranya ialah melakukan pemantauan dengan mengukur tahap keberkesanan strategi yang dilakukan berjaya atau tidak. Pemantauan dilakukan bagi memastikan perancangan yang dilakukan berjalan dengan lancer dan mengikut apa yang dikehendaki.
8.3.2 Teknologi baru
DMW Sdn.Bhd mestilah memastikan teknologi yang digunakan mesra persekitaran. Selain itu, ia mestilah selamat digunakan dan tidak memberikan masalah kesihatan kepada pekerja. Keselamatan pekerja haruslah dititikberatkan bukan sahaja mengejar matlamat syarikat semata-mata.
8.3.3 R&D
Syarikat DMW Sdn.Bhd juga mestilah melakukan R&D bagi memastikan strategi yang dilakukan sentiasa mengikut peredaran syarikat. Melaksanakan strategi yang ditetapkan dan mencari alternatif lain dengan melakukan R&D sebagai persediaan penggantian kepada strategi yang tidak Berjaya dilaksanakan.
8.3.4 Maklumbalas
Seterusnya, DMW Sdn.Bhd haruslah menjalinkan hubungan pengurusan pelanggan dengan mendapat maklumbalas pelanggan bagi mengenal pasti kelemahan sekali gus dapat memperbaiki reputasi syarikat. Pelanggan harus diutamakan dalam urusniaga. Jadi pendapat dan kehendak pelanggan perlu dititikberatkan supaya dapat menjamin kepuasan mereka. jadi apabila kepuasan pelanggan dapat diberikan ini akan memberi kesan positif kepada syarikat.
No comments:
Post a Comment