Tuesday, 21 May 2013

DERMAGA METAL WORK -Part 8


8.0 CADANGAN SYARIKAT.

8.1 Pelaksanaan Pemilihan Strategi.

8.1.2 Penggerak

DMW Sdn.Bhd melakukan pelbagai strategi bagi memperbaiki mutu produk dan perkhidmatan syarikat mereka. Bagi melaksanakan strategi tersebut, syarikat ini mestilah mempunyai penggerak bagi menjalankan strategi tersebut. Dalam hal ini pihak pengurusan memainkan peranan penting dalam menggerakkan perancangan strategi. Sekiranya strategi sudah dirancang tetapi tiada penggerak untuk melakukannya ianya tidak akan memberikan kesan terhadap pembangunan syarikat.

8.1.3 Sanggup tanggung risiko

Setiap pembaharuan yang dilakukan bagi memperbaiki mutu produk dan perkhidmatan mestilah mempunyai risikonya sendiri samada kecil ataupun besar. Syarikat mesti berani menerima segala kesan dalam melaksanakan strategi tersebut. Oleh sebab itu, syarikat mestilah memikirkan dan memilih strategi yang terbaik untuk dilakukan bagi mengelakkan sebarang kemungkina berlaku terhadap syarikat.

8.1.4 Fokus pada matlamat

Pelaksanaan strategi mestilah mencapai matlamat yang diingini oleh syarikat. Di mana ia sangat penting bagi memastikan misi syarikat dicapai. Selain itu, misi syarikat dicapai dengan menyediakan hala tuju untuk mencapai misi sesebuah syarikat yang ditetapkan oleh syarikat. Menyatukan organisasi bagi bersama-sama menjayakan strategi yang dirancang dengan sebaik yang mungkin. Membuat keputusan yang konsisten yang memudahkan dalam menggerakkan perancangan strategi yang telah dibuat. Seterusnya, organisasi bergerak ke arah yang betul mengikut perancangan yang telah ditetapkan.



8.2 Langkah –Langkah Pelaksanaan

8.2.1 Kenal pasti tugas utama.

Antara langkah-langkah pelaksanaan strategi syarikat DMW Sdn.Bhd lakukan yang pertama ialah mengenalpasti tugasan utama. Di mana, tujuan syarikat ditubuhkan mestilah dititikberatkan. Mengetahui apa yang dilakukan. Ia juga merupakan menentukan pesaing-pesaing yang sama bidang dengan syarikat. Dalam pembentukan strategi mestilah mengambil kira tentang misi dan visi sesebuah syarikat. Selain itu, dalam perniagaan perlulah mengetahui kehendak pelanggan. Strategi yang perlu dijalankan merangkumi kewangan, operasi dan pemasaran. Kehendak dalam perniagaan juga adalah elemen dalam pembentukan strategi.

8.2.2 Menilai kecekapan

Langkah pelaksanaan yang kedua ialah menilai kecekapan teras. Di mana syarikat DMW Sdn.Bhd melakukan yang terbaik berbanding dengan syarikat-syarikat lain. Syarikat melakukan perkara yang terbaik dalam perkhidmatan, kualiti yang tinggi, penghantaran yang cepat atau kos yang rendah. Berusaha untuk menjadi yang pertama untuk pasaran dengan reka bentuk yang inovatif dan kualiti yang lebih baik. Pengalaman, pengetahuan dan tahu bagaimana kecekapan teras yang mewakili kelebihan daya saing yang mampan.

8.2.3 Tentukan permintaan dan kelayakan

Ketiga, DMW Sdn.Bhd menentukan berapa banyak permintaan atau kelayakan yang penting. Sebuah syarikat menghadapi masalah jika melakukan yang terbaik tidak penting kepada pelanggan itu. Oleh itu , ia adalah penting untuk melihat ke arah pelanggan untuk menentukan apa yang mempengaruhi keputusan pembelian mereka.

8.2.4 Peletakan kedudukan

Keempat ialah peletakan syarikat DMW Sdn.Bhd, kedudukan strategik melibatkan membuat pilihan dengan memilih satu atau dua perkara penting yang memberi kebaikan kepada pengguna. Strategi kedudukan sebuah firma mentakrifkan bagaimana ia akan bersaing dalam pasaran nilai yang unik, ia akan menyerahkan kepada pelanggan. Strategi kedudukan yang berkesan mempertimbangkan kekuatan dan kelemahan organisasi, keperluan pasaran, dan kedudukan pesaing. Syarikat-syarikat boleh dibezakan dengan perbandinagan pada kos, kelajuan, kualiti, dan fleksibiliti.

8.2.5 Pelaksanaan

Kelima ialah menggerakkan strategi DMW Sdn.Bhd . Strategi pelaksanaan boleh menjadi lebih sukar daripada merangka strategi. Jabatan yang berlainan atau bahagian yang berfungsi dalam suatu firma boleh mentafsirkan strategi yang sama dalam cara yang berbeza. Jika usaha mereka tidak diselaraskan, hasilnya boleh membinasakan. Penggunaan polici atau penggunaan dasar cuba untuk menumpukan semua orang dalam sesebuah organisasi pada matlamat keutamaan dan biasa dengan menterjemahkan strategi korporat kepada objektif diukur sepanjang fungsi dan peringkat organisasi. penilaian yang seimbang yang termasuk metrik yang berkaitan dengan pelanggan, proses, pembelajaran dan perkembangan, serta kewangan.



8.3 Penambahbaikan Selepas Pelaksanaan.

8.3.1 Pemantauan

Selepas melaksanakan strategi, DMW Sdn.Bhd hendaklah melakukan penambahbaikan. Antaranya ialah melakukan pemantauan dengan mengukur tahap keberkesanan strategi yang dilakukan berjaya atau tidak. Pemantauan dilakukan bagi memastikan perancangan yang dilakukan berjalan dengan lancer dan mengikut apa yang dikehendaki.

8.3.2 Teknologi baru

DMW Sdn.Bhd mestilah memastikan teknologi yang digunakan mesra persekitaran. Selain itu, ia mestilah selamat digunakan dan tidak memberikan masalah kesihatan kepada pekerja. Keselamatan pekerja haruslah dititikberatkan bukan sahaja mengejar matlamat syarikat semata-mata.

8.3.3 R&D

Syarikat DMW Sdn.Bhd juga mestilah melakukan R&D bagi memastikan strategi yang dilakukan sentiasa mengikut peredaran syarikat. Melaksanakan strategi yang ditetapkan dan mencari alternatif lain dengan melakukan R&D sebagai persediaan penggantian kepada strategi yang tidak Berjaya dilaksanakan.

8.3.4 Maklumbalas

Seterusnya, DMW Sdn.Bhd haruslah menjalinkan hubungan pengurusan pelanggan dengan mendapat maklumbalas pelanggan bagi mengenal pasti kelemahan sekali gus dapat memperbaiki reputasi syarikat. Pelanggan harus diutamakan dalam urusniaga. Jadi pendapat dan kehendak pelanggan perlu dititikberatkan supaya dapat menjamin kepuasan mereka. jadi apabila kepuasan pelanggan dapat diberikan ini akan memberi kesan positif kepada syarikat.

DERMAGA METAL WORK Part 7


7.0 ANALISIS STRATEGI OLEH SYARIKAT PESAING.

7.1 Strategi terkini syarikat pesaing iaitu syarikat Ingress Corporation.

7.1.1 Pertambahan kilang baru

Terdapat banyak pesaing DMW Sdn.Bhd dalam industry yang sama dengannya. Antara pesaing-pesaingnya ialah ETI Company Sdn.Bhd, Suria Company Sdn.Bhd, TWC Company Sdn.Bhd dan sebagainya. Walaubagaimanapun syarikat-syarikat ini bukan pesaing utama dan tidak memberikan kesan yang besar kepada DMW Sdn.Bhd. syarikat Ingress Corporation merupakan syarikat pengeluar barangan automotif yang terbesar, bukan sahaja bukan sahaja di Malaysia tetapi juga yang tersebar di Asia Tenggara. Syarikat ini mempunyai anak syarikat di luar negara seperti di Thailand dan Indonesia.

Syarikat Ingress Corporation ini melebarkan kejayaan mereka dengan menggunakan strategi yang berkesan yang dapat membantu syarikat mereka. Antara strategi terkini yang dilakukan oleh syarikat Ingress Corporation ini ialah menambahkan kilang untuk menambahkan kapasiti sekaligus dapat meningkatkan produktiviti syarikat. Syarikat ini mendapat pelbagai tender daripada pengeluar kereta seperti PROTON, PERODUA, HONDA dan sebagainya. Walaubagaimanapun, kekurangan kapasiti menyebabkan syarikat Ingress Corporation terpaksa subkontrak kepada syarikat lain. Ini termasuk DMW yang mendapat tender daripada syarikat Ingress Corporation. Oleh yang demikian, untuk mengurangkan subkontrak kepada syarikat luar sekaligus memberikan pendapatan kepada syarikat mereka.



7.1.2 Keluarkan produk baru.

Selain itu juga, strategi terkini syarikat Ingress Corporation ialah mengeluarkan produk yang sendiri yang tidak dikeluarkan oleh syarikat lain. Mereka Menambah produk dan perkhidmatan bagi memperluaskan aktiviti yang bukan sahaja focus kepada satu produk dan perkhidmatan. Ini menunjukkan syarikat mereka memonopoli barang tersebut. Produk yang dikeluarkan syarikat Ingress Corporation sendiri ialah roll forming yang tiada di syarikat lain. Disebabkan mereka mengeluarkan produk sendiri maka mereka juga telah mencipta mesin khas untuk membuat roll forming tersebut dengan cetakan tersendiri yang tidal terdapat oleh syarikat lain.



7.2 Menganalisis dan menilai strategi yang sesuai.

7.2.1 Penentuan nilai sasaran

Oleh kerana syarikat Ingress Corporation adalah syarikat yang terbesar mereka banyak menggunakan strategi bagi memastikan mereka sentiasa syarikat yang utama dan gah dalam bidang automotif.

Antara strategi yang sesuai digunakan ialah menentukan nilai sasaran di mana setiap kumpulan mestilah membuat analisa yang mendalam supaya faktor-faktor yang menghalang tercapainya matlamat sasaran difahami dengan jelas. Nilai sasaran juga boleh ditentukan berdasarkan ketetapan dari polisi syarikat atau polisi tahunan jabatan. Contohnya, pengurangan kos pengeluaran tahunan sebanyak 20%, mesin rosak 15%, rungutan pelanggan 25% dan lain-lain.



7.2.2 Analisa permasalahan syarikat

Selain itu, mengenalpasti dan menganalisa masalah dalam syarikat. Melakukan analisa yang menghubungkait antara “sebab” dan “kesan” sesuatu masalah. Sekiranya kita tahu punca sesuatu permasalahan kita dengan mudah dapat menyelesaikannya. Pihak pengurusan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah. Masalah yang dihadapi tidak dipandang remeh kerana sedikit sebanyak pasti akan mempengaruhi syarikat. Sebelum ia menjadi besar penyelesaian perlu dilakukan dengan segera.

7.2.3 Pelupusan syarikat

Seterusnya, pelupusan syarikat yang tidak menguntungkan tanpa menjejaskan pendapatan syarikat. Di mana menutup syarikat-syarikat yang tidak memberi keuntungan kepada syrikat. Penutupan syarikat yang tidak menguntungkan ini mestilah tidak akan menjejaskan pendapatan syarikat sekaligus sekiranya pelupasan dilakukan pendapatan syarikat akan meningkat.

7.2.4 Kursus dan latihan pembangunan

Melakukan kursus dan latihan ke atas warga Ingress bagi meningkatkan mutu pengurusan dalam pekerja. Latihan dan pembangunan dilakukan bagi memperbaiki kelemahan yang terdapat pada pekerja-pekerja syrikat. Selain itu, aktiviti ini juga dapat menampahkan pengetahuan dan kemahoran untuk melakukan yang terbaik dalam tugasan mereka.

7.2.5Peranana pengurusan

Selanjutnya, pihak pengurusan juga perlu memainkan peranan mereka dengan mengambil pekerja yang berkelayakan dan mempunyai kemahiran supaya tidak bermasalah dalam melakukan tugasan. Pekerja-pekerja mestilah mematuhi arahan yan terdapat di dalam syarikat.

Pengurusan perlu memantau prestasi pekerja dalam melakukan tugasan. Melakukan pemeriksaan persekitaran di tempat kerja supaya dalam keadaan yang terkawal dan selamat.

7.3 Strategi yang paling berkesan.

7.3.1 Pelupusan syarikat

Antara strategi yang paling berkesan ialah pelupusan anak syarikat yang tidak menguntungkan syarikat Ingress Corporation. Pelupusan syarikat ini akan mngurangkan kos kerana tidak melakukan aktiviti. Walaubagimanapun, syarikat ini tidak menguntungkan adalah kerana faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan seperti faktor kedudukan dimana kedudukan yang tidak strategik dan menyukarkan orang luar untuk datang. Oleh itu, syarikat Ingress Corporation boleh menambahkan anak syarikat dengan memikirkan tempat yang terancang dan mudah. Pertambahan anak syarikat akan meningkatkan kapasiti dan mengurangkan subkontrak projek kepada syarikat luar.

7.3.2 Produk baru

Keberkesanan mencipta produk baru menyebabkan syarikat luar tidak dapat bersaing dengan syarikat Ingress Corporation. Ini memberi peluang kepada syarikat Ingress Corporation untuk memonopoli barangan yang mereka cipta sendiri. Ini menyebabkan mereka mengikat kontrak dengan syarikat yang memerlukan barangan tersebut. Keadaan ini akan meningkatkan pendapatan syarikat dan menjadi peneraju aktiviti yang utama kerana tiada saingan.

DERMAGA METAL WORK Part.6

6.0 ANALISIS STRATEGI SYARIKAT DMW SDN BHD.

6.1 Analisis Strategi Terkini Syarikat DMW Sdn Bhd.

6.1 .1 Analisis terhadap isu kualiti
Peningkatan dalam kualiti membantu DMW membina strategi pembezaan, kos rendah dan respons yang berjaya. DMW akan memastikan pengeluaran produk pada paras kualiti yang dijangkakan dengan kawalan proses yang betul dengan menggunakan mesin-mesin yang berkuasa tinggi. Terdapat beberapa jenis mesin yang digunakan bagi menghasilkan produk yang berkualiti. Analisis yang dilakukan menunjukkan pengurus operasi bertanggungjawab menentu dan mengesahkan kualiti tersebut melalui penyeliaan bahawa sistem tersebut beroperasi mengikut piawaian.Penyeliaan yang dilakukan melibatkan menguji bahan, memegang, menimbang dan sebagainya. Matlamat DMW adalah untuk mengesan proses yang kurang berkualiti dengan sertamerta. Kualiti merupakan satu isu yang penting bagi membaiki operasi. Mengurus kualiti dapat membantu membina strategi pembezaan, kos rendah dan respon yang berjaya. Peningkatan dalam kualiti membantu syarikat menambah pegangan mereka dalam pasaran dan mengurangkan kos. Peningkatan dalam pegangan pasaran selalu berlaku apabila syarikat memberi respon dengan segera, mengurangkan harga jualan hasil daripada ekonomi bidangan dan memperbaiki reputasi mereka bagi keluaran berkualiti. Peningkatan kualiti akan mengurangkan kos apabila DMW meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kerja semula dan kos waranti.

6.1.2 Analisis tentang isu kecekapan
Analisis isu kecekapan atau produktiviti merupakan suatu alat sukatan kawalan kecekapan pengurusan yang penting bagi seorang pengurus organisasi untuk mengenalpasti darjah imput yang sesuai dalam proses penghasilan output yang dihasilkan kelak berada pada aras yang diingini. Pembuatan produk melibatkan sebilangan input dan output yang perlu dipertimbangkan serentak dalaman alisis yang dilakukan supaya keputusan yang diperolehi benar-benar mencerminkan kecekapan pengeluaran produk. Dalam perkembangan statistik dan teknologi, terdapat banyak kaedah yang boleh diaplikasikan untuk mengukur kecekapan pembuatan produk.

6.1.3 Analisis tentang isu kebergantungan
Kebergantungan tugas di DMW menunjukkan kesemua faktor iaitu faktor keputusan, persepsi dan matlamat mempunyai hubungan dengan konflik.

6.1.4 Analisis tentang isu kefleksibelan
Isu kefleksibelan dari aspek pengurusan bahan kebanyakan daripada penyelidik hanya menfokuskan kepada kefleksibelan mesin, perancangan tertib pengeluaran dan proses. Isu kefleksibelan produk dan jumlah produk jarang dikaji. Hal ini demikian kerana kefleksibelan bergantung dengan banyaknya kepada pengurusan rangkaian pembekalan daripada penjual bahan. Objektif kajian ini ialah menyelidik idea-idea yang inovatif untuk meningkatkan danmemperbaiki tahap kefleksibelan perkilangan.

6.2 Menilai startegi dan menganalisis yang sesuai.


6.2.1 Analisis tentang Produk Baru
Analisis terhadap produk baru merupakan suatu alat sukatan kawalan kecekapan pengurusan yang penting bagi seorang pengurus organisasi untuk mengenalpasti produk sesuai dalam berdaya saing sesebuah industri. Ini kerana dengan adanya produk-produk baru yang dihasilkan oleh syarikat dapat memberi kekuatan syarikat untuk terus berdaya saing dengan syarikat luar yang sama dalam industri automotif. Ia juga memberi peluang kepada syarikat untuk terus maju seperti mendapat kontrak ECE technology Sdn Bhd yang bernilai RM 5juta. Syarikat juga boleh menganalisis produk baru seperti dalam kesihatan dan keselamatan kerana ia memberi peluang yang besar untuk syarikat meneroka dalam bidang tersebut dan terus maju sejajar dengan objektif syarikat iaitu menjadi pengeluar produk yang dikenali ramai.

6.3 Strategi yang paling berkesan
Strategi yang paling berkesan untuk digunakan ialah strategi kecekapan dalam menghasilkan sesuatu produk supaya dapat mengurangkan kos waranti serta menjimatkan masa penghasilan dan strategi kefleksibelan mesin dalam mengeluarkan produk.

DERMAGA METAL WORK -Part 5


5.0 PENGELUARAN DAN PENGURUSAN OPERASI SYARIKAT PESAING

5.1 Pemahaman analisis SWOT

Syarikat pesaing ini mempunyai pelbagai cara untuk lebih mengenalpasti sebarang masalah yang berlaku dan bakal dihadapi pada masa hadapan. Syarikat ini juga mempunyai kekuatan (Strength), kelemahan (Weakness), peluang (Opportunity), dan ancaman (Threat) yang dikenali sebagai SWOT dalam menjalankan proses pengeluaran dan pengurusan operasi.

i. Kekuatan (Strength)

Kekuatan Ingress adalah melalui kerjasama dengan beberapa buah negara untuk mengambil atau mendapatkan latihan kepada pekerja yang berada dalam Ingress ini. Antara negara yang terlibat dengan Ingress adalah Jepun, Indonesia, Thailand dan Filipina. Kesemua dari negara ini juga sekaligus merupakan pelanggan tetap kepada Ingress. Syarikat ini bekerjasama secara langsung dengan Proton, Perodua, Thai Summit Autoparts, Ford Global, Auto Alliance (Thailand) Co. Ltd, Ingress Technologies Sdn. Bhd., dan P.T. Ingress Malindo Ventures. Usahama ini adalah memberi peluang untuk Ingress mampu ke hadapan lagi sekaligus menjadi batu loncatan untuk menjadi lebih maju.

ii. Kelemahan (Weakness)

Ingress mempunyai kelemahan yang utama adalah disebabkan masalah kewangan. Ini kerana syarikat ini mempunyai banyak percangan pada masa hadapan tetapi kewangan ataupun modal yang diperlukan adalah kurang. Buat masa kini, syarikat ini cuma mempunyai kelemahan dari bahagian pengurusan kewangan. Pada masa ini, Ingress ingin melaksanakan projek di Indonesia untuk Syarikat Suzuki dan projek ini memerlukan modal pelaburan yang besar. Oleh itu, pihak pengurusan Ingress telah memutuskan untuk melepaskan beberapa kepentingan dalam anak-anak syarikat kepada pihak lain yang berminat bagi mengimbangi keperluan modal tersebut. Di sini dapat dilihat, Ingress mempunyai kelemahan dalam pengurusan apabila medapat projek yang baru.

iii. Peluang (Opportunity)

Ingress mempunyai banyak peluang untuk lebih maju lagi. Antaranya ialah Kumpulan Ingress mempunyai keupayaan untuk merekabentuk, membina, menguji serta memula tugaskan pencawang elektrik dan talian penghantaran melalui subsidiarinya Multi Discovery Sdn. Bhd. (MDSB). Rekod prestasinya menunjukkan pencapaian yang membanggakan disokong oleh tenaga pekerja yang mempunyai kepakaran serta pengalaman. MDSB pernah melaksanakan beberapa projek pencawang dan talian penghantaran voltan tinggi bagi Tenaga Nasional Berhad (TNB). Di samping itu, subsidiarinya, Ramusa Engineering Sdn. Bhd. (RESB), terlibat dalam rekabentuk, kejuruteraan, pemerolehan, pemasangan dan penyelenggaraan mekanikal dan elektrik bagi projek bangunan dan infrastruktur, sekaligus melengkapkan perkhidmatan syarikat dalam bidang perkhidmatan kejuruteraan kuasa.

iv. Ancaman (Threat)

Melalui projek Enterprise Resource Planning System (ERP), terdapat pelbagai halangan dan cabaran yang boleh diklasifikasikan sebagai ancaman kepada Ingress. Projek ERP ini adalah perlaksanaan sumber perniagaan yang melibatkan semua anak syarikat Kumpulan Syarikat Ingress secara berperingkat-peringkat bermula dengan Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB). Namun begitu, projek ini tidak mendapat sokongan sepenuhnya dari beberapa jabatan dan individu. Selain itu, sambutan yang kurang menggalakkan terhadap latihan yang disediakan kerana lebih mementingkan operasi semasa. Oleh itu, kejadian ini akan menyebabkan Syarikat Ingress sulit untuk melaksanakan projek ERP ini dan mungkin akan memberi ancaman yang ketara untuk bergerak lebih maju lagi.

5.2 Gambar Rajah Analisis SWOT





5.3 Masalah Terkini Syarikat Pesaing

Syarikat Ingress merupakan pengeluar produk automotif yang terbesar di Asia. Namun begitu, terdapat beberapa masalah terkini yang dihadapi iaitu masalah kekurangan kapasiti. Ini telah menyebabkan Ingress memberi kontrak kepada syarikat luar. Apabila keadaan ini berlaku, syarikat Ingress terpaksa menanggung risiko yang besar kerana sekiranya berlaku kerosakan terhadap produk tersebut, pelanggan sudah tentu akan mencari syarikat pengeluar yang utama. Ini adalah masa terkini yang dihadapi oleh Syarikat Ingress walaupun terdapat beberapa masalah lagi yang dihadapi oleh Ingress. Masalah produktiviti yang berkurangan juga merupakan masalah yang dihadapi oleh syarikat pesaing ini tetapi yang menjadi masalah terkini adalah kekurangan kapasiti.

5.4 Potensi Masalah Yang Dihadapi Oleh Pesaing


Masalah yang dihadapi oleh Syarikat Ingress adalah masalah produktiviti yang dikeluarkan tidak mengikut masa yang ditetapkan. Namun begitu, ini bukanlah masalah yang utama kerana syarikat ini tidak mengalami apa-apa masalah yang besar sehingga boleh merugikan syarikat mereka sendiri. Selain itu, terdapat juga masalah dari segi pengurusan yang tidak efisyen dan masalah dalam hal kewangan.

5.5 Gambar Rajah Tulang Ikan







Terdapat empat faktor yang mempengaruhi masalah produktiviti iaitu faktor manusia, peralatan, mesin, dan kaedah.

i. Manusia

Faktor manusia adalah yang paling utama di sesebuah syarikat. Manusia mempunyai peranan penting dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Masalah yg dapat dikenalpasti di Syarikat Ingress ini adalah manusia (pekerja) cuai dalam melakukan tugasan seperti ‘stampling’. Apabila pekerja cuai dalam kerja sebegini, sudah tentu produktiviti yang dihasilkan akan berkurangan. Selain itu, pekerja juga tidak mematuhi etika semasa berada di kilang dan boleh menyebabkan mereka berada dalam keadaan yang bahaya.

ii. Peralatan

Peralatan juga merupakan faktor yang menyebabkan produktiviti dalam syarikat ini semakin berkurangan. Peralatan yang digunakan oleh syarikat ini adalah bersesuaian, namun terdapat peralatan yang bahaya jika tidak digunakan dengan berhati-hati. Jika peralatan yang disediakan bahaya, sudah tentu pekerja akan takut untuk menggunakannnya dan sekaligus akan memberikan impak yang negatif kepada pengeluaran sesuatu produk. Terdapat juga peralatan yang disediakan adalah kurang berkualiti dan akan menyebabkan pelanggan tidak ingin membeli produk tersebut.

iii. Mesin

Setiap syarikat memerlukan mesin untuk menjalakan sesuatu pekerjaan. Mesin juga boleh menyebabkan penurunan sesebuah produktiviti. Kami dapat kenalspasti faktor mesin ini apabila mesin ini rosak, produktiviti yang dihasilkan oleh Syarikat Ingress akan berkurang dan produk yang dihasilkan akan mengambil masa yang lama. Mesin yang kurang juga akan menyebabkan sesuatu kerja dilakukan akan lambat siap dan permintaan pelanggan terhadap sesuatu produk lambat untuk dipenuhi.

iv. Kaedah

Faktor kaedah ini boleh dikenalpasti melalui kaedah ‘stampling’ yang dilakukan juga oleh Syarikat DMW Sdn.Bhd. Kaedah ‘stampling’ bagi sesetengah pekerja adalah mudah tetapi memerlukan kepakaran apabila membuat kerja tersebut. Sekiranya, ‘stampling’ yang dilakukan adalah salah, maka ini akan menjejaskan produktiviti Syarikat Ingress tersebut. Kaedah yang dilakukan tidak mengikut sistem juga akan menjejaskan pengeluaran sesuatu produk terutamanya bagi produk ‘role forming’.

Walaupun terdapat empat faktor ini yang menyebabkan produktiviti Syarikat Ingress ini berkurang, tetapi ini bukanlah masalah yang besar. Hal ini kerana, Ingress dapat mengenalpasti lebih awal masalah yang dihadapi dan mengambil langkah lebih awal untuk mengatasi masalah tersebut. Keempat-empat faktor ini tidak memberi kesan yang banyak terhadap pengeluaran sesuatu produk di Syarikat Ingress di tambah pula Ingress adalah syarikat pengeluar automotif yang terbesar di Asia dan telah lama beroperasi.




























DERMAGA METAL WORK -Part 4


4.0 PENGELUARAN DAN PENGURUSAN OPERASI SEMASA SYARIKAT

4.1 Pemahaman analisis SWOT

Analisis SWOT adalah teknik asas yang selalu digunakan di dalam pengurusan strategik, mempertingkatkan kecemerlangan organisasi, program pembangunan organisasi dan mengenalpasti kelebihan persaingan. Dalam pengurusan strategik, analisis SWOT digunakan untuk memastikan strategi yang digubal itu benar-benar berkemampuan untuk merealisasikan objektif, misi dan visi organisasi. Analisis ini terdiri daripada empat iaitu strength (S), weakness (W), opportunity (O) dan threads (T). Kekuatan dan kelemahan merujuk kepada situasi di persekitaran dalaman organisasi serta peluang dan ancaman pula merujuk kepada keadaan persekitaran luaran organisasi.

i. Kekuatan (Strength)
Kekuatan yang ada pada DERMAGA METAL WORK SDN. BHD (DMW) mempunyai satu pasukan pengendali berpengalaman, pengendali mesin yang pakar, QA / QC, sistem pengeluaran, pengurus pengeluaran dan kakitangan yang membantu dalam pengurusan bagi memastikan keseluruhan proses stamping bahagian untuk memenuhi keperluan yang paling tinggi. Dalam rekod DMW merupakan pembuat dan pengeluar stamping yang sangat baik, DMW telah mula membekalkan bahagian stamping kepada pengeluar bahagian automotif utama pada tahun 2010. Kualiti produk dan kepuasan pelanggan merupakan kunci kejayaan DMW. Di samping itu syarikat besar seperti PROTON, SAMSUNG dan PERODUA memberi kepercayaan kepada DMW untuk membekal produk kepada syarikat mereka dan ini merupakan kekuatan untuk syarikat terus berdaya saing dalam bidang automotif.

ii. Kelemahan (Weakness)
Kelemahan yang terdapatdalam DMW ialah dari segi modal. Ini kerana syarikat DMW merupakan satu syarikat yang dimiliki 100% olehbumiputradan modal pusingan syarikat pula sedikit iaitu RM 1000,000.00 dan sukar untuk berdaya saing dengan syarikat gergasi seperti Ingress Coporation Bhd yang mempunyai sumber kewangan yang besar serta mesin-mesin yang canggih. Selain itu, syarikat juga mempunyai masalah lain seperti pengangkutan yang terhad untuk menghantar produk kerana buat masa sekarang syarikat hanya mempunyai lori 10ton sahaja.

iii. Peluang (Opportunity)
Peluang yang terdapat dalam DMW untuk terus maju ialah mendapat kontrak untuk membekal produk kepada syarikat ECE Technologies Sdn Bhd. Ini merupakan peluang yang besar kepada syarikat DMW untuk terus maju dan berkembang luas kerana ECE Technologies Sdn Bhd merupakan satu syarikat elektrik dan elektronik yang global dan dikenali negara luar usahasama diantara Malaysia dan Korea.Syarikat DMW juga mendapat bantuan daripada kerajaan dari segi modal.

iv. Ancaman (Threat)
Ancaman yang terdapat DMW seperti kehilangan kontrak dengan syarikat Samsung. Ini kerana pihak Samsung sekarang menggunakan 100% plastik untuk rangka produk mereka. Kehilangan kontrak ini ialah telah menjejaskan reputasi syarikat serta memberi impak yang besar kepada keuntungan syarikat dimana syarikat telah mengalami kerugiaan.


4.2 Gambar Rajah Analisis SWOT






RAJAH 2: Analisis SWOT

4.3 Permasalahan terkini DMW Sdn. Bhd

Permasalah yang terbesar terdapat dalam DMW ialah dari segi kewangan. Ini kerana DMW mendapat kontrak yang bernilai jutaan ringgit tetapi modal pusingan yang ada pada masa sekarang tidak mencukupi untuk syarikat membeli bahan mentah serta mesin yang sesuai untuk menghasilkan produk yang ditempah. Disebabkan itu DMW yang dahulunya saham dimiliki sepenuhnya oleh En. Adnan Abdullah tetapi terpaksa dijual atau dibuka 60% kepada KNE Sdn Bhd untuk menyuntik modal syarikat supaya ia terus berdaya saing dan menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi syarikat. Selain itu DMW kekurangan mesin-mesin yang baru kerana nilai sesebuah mesin stamping bernilai ratusan ribu serta tiada mesin membuatnya.

Pengangkutan juga menjadi satu masalah kepada syarikat untuk membuat penghantaraan produk yang telah siap dipetenkan. Syarikat hanya mempunyai lori 10 ton sahaja dimana ia tidak mencukupi untuk membuat penghantaran yang banyak. Di sebabkan itu syarikat terpaksa menanggung kos pengangkutan yang mahal.

4.4 Potensi Masalah Yang Dihadapi Oleh Syarikat

Masalah yang paling utama di sesebuah syarikat. Pekerja mempunyai peranan penting dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Masalah yang dapat dikenalpasti di syarikat ini adalah pekerja yang cuai dalam melakukan tugasan seperti ‘stampling’. Apabila pekerja cuai dalam kerja sebegini, sudah tentu produktiviti yang dihasilkan akan berkurangan. Selain itu, pekerja juga tidak mematuhi etika semasa berada di kilang dan boleh menyebabkan mereka berada dalam keadaan yang bahaya. Selain itu permasalah pekerja yang tidak mencukupi juga akan menyebabkan produk yang dijalankan akan tertangguh.

Setiap syarikat memerlukan mesin untuk menjalakan sesuatu pekerjaan. Mesin juga boleh menyebabkan penurunan sesebuah produktiviti. Kami dapat kenal pasti faktor mesin ini apabila mesin ini rosak, produktiviti yang dijalankan oleh syarikat akan tertangguh dan produk yang dihasilkan akan mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Mesin yang kurang juga akan menyebabkan sesuatu kerja dilakukan akan lambat siap dan permintaan pelanggan terhadap sesuatu produk lambat untuk dipenuhi.





 Pengangkutan

Pengangkutan juga menjadi satu masalah kepada syarikat untuk membuat penghantaran produk yang telah siap dipetenkan. Syarikat hanya mempunyai lori 10 ton sahaja dimana ia tidak mencukupi untuk membuat penghantaran yang banyak. Di sebabkan itu syarikat terpaksa menanggung kos pengangkutan yang mahal.

Bangunan

Masalah bangunan atau kawasan yang dihadapi oleh syarikat ialah masalah keselamatan barang-barang yang ditempatkan ini kerana syarikat hanya mempunyai pengawal seorang pada sebelah pagi dan seorang sebelah malam. Disebabkan kekurangan ini ialah telah menyebabkan kes kecurian berlaku serta premis bangunan ini tidak dilengkapi cctv.

Manusia
Masalah manusia yang dimaksudkan ialahpekerja. Pekerja mempunyai peranan penting dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Masalah yang dapat dikenalpasti di syarikat ini adalah pekerja yang cuai dalam melakukan tugasan seperti ‘stampling’. Apabila pekerja cuai dalam kerja sebegini, sudah tentu produktiviti yang dihasilkan akan berkurangan. Selainitu, pekerja juga tidak mematuhi etika semasa berada di kilang dan boleh menyebabkan mereka berada dalam keadaan yang bahaya.Selain itu permasalah pekerja yang tidak mencukupi juga akan menyebabkan produk yang dijalankan akan tertangguh.

 Kewangan

Permasalah yang terbesar terdapat dalam DMW ialah dari segi kewangan. Ini kerana DMW mendapat kontrak yang bernilai jutaan ringgit tetapi modal pusingan yang ada pada masa sekarang tidak mencukupi untuk syarikat membeli bahan mentah serta mesin yang sesuai untuk menghasilkan produk yang ditempah. Disebabkan ini ia akan melambat kerja-kerja kontrak yang dijanji kepada pelanggan











DERMAGA METAL WORK - Part 3


3.0 PESAING

3.1 Latar Belakang Pesaing

Setiap perniagaan yang di tubuhkan tidak akan terlepas dari menghadapi pelbagai masalah atau risiko, halangan dan yang paling utama ialah pesaing. Sudah menjadi adat perniagaan yang mana persaingan merupakan satu cabaran kepada  syarikat.

INGRESS TECHNOLOGIES SDN BHD 
Ingress Technologies Sdn Bhd ("Ingress Technologies") adalah perintis dan pengeluar pakar lengkap 'door-in-white' untuk pasaran kereta di Malaysia. Produk 'door-in-white' adalah pintu unit pemasangan lengkap yang terdiri daripada luaran dan dalaman panel pintu dan bingkai pintu. Sebagai salah satu daripada beberapa vendor yang mengeluarkan 'door-in-white' di rantau ini dan dengan kehadiran yang kukuh Kumpulan dalam Thailand, Technologies Ingress bersedia untuk mengembangkan kepakaran dan menjadi pemain utama dalam pembuatan dan pembekalan produk untuk pasaran serantau. 

Bermula tahun 2005, salah satu pelanggan utama Ingress Technologies memutuskan untuk mengubah dasar untuk menghasilkan semua bahagian 'kelas A' di rumah. Oleh itu Ingress Technologies terpaksa berhijrah untuk menghasilkan 'kelas B' bahagian termasuk di bawah modul belakang dan bahagian pintu. Bahagian kelas A ialah melibatkan mesin besar yang berat lebih daripada 1000 tan. Walaupun bahagian-bahagian kelas B melibatkan mesin sederhana antara 500 hingga 1000 tan manakala bahagian C ialah kelas melibatkan mesin yang lebih rendah daripada 250 tan. 

Dilengkapi dengan teknologi state-of-the-art dalam pembuatan produk, proses pembuatan Syarikat menggunakan peringkat tinggi garis akhbar automatik lengkap dengan mekanisme pemindahan robotik dan barisan pemasangan automatik menggabungkan kemudahan kimpalan. Proses pembuatan automasi yang tinggi memastikan tahap ketepatan yang tinggi, konsisten kualiti, hasil pengeluaran yang tinggi dan kecekapan penggunaan tenaga manusia. Pelbagai  pencapaian serta anugerah yang diperolehi oleh syarikat ini antaranya ialah :

                                                   *               Nov 1999 Certificate Of Appreciation by Perusahaan Otomobil Nasional Bhd.
                                                   *               Oct 1998 Best Supplier Award by Sony TV Industries (M) Sdn Bhd.
                                                   *               Dec 1999 Malaysia Good Design (Electric Kettle) by Malaysia Design Council 
                                                   *               Dec 1999 Preferred Supplier Award by Sanden International (S) Pte Ltd.

3.2      Lokasi Pesaing
                      Lokasi
      Lot 2778, 5th Floor, Jalan Damansara, Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia.


3.3      Perkhidmatan/Produk/Kedua-duanya 
        Proses kerja dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Syarikat Teck See Plastic ialah syarikat ini memberikan komitmen untuk mencapai kualiti yang tinggi dan di samping mempunyai kakitangan teknikal yang mahir, mendapat kedudukan yang baik untuk menawarkan perkhidmatannya dalam “Technological Craftsmanship Par Excellence”, “Moulding components”, “Impact System”, “Door Sash”, “Automotive Door Assemblies (Door-In-White)”, “Bellows”, and “Heat Management”.
 3.4      Pengeluaran Komponen Automotif
        Ingress mempunyai tiga kilang operasi di sektor ini - dua di Malaysia dan satu di Rayong, Thailand. Operasi tempatan tertumpu kepada komponen berkaitan dengan bingkai, bahagian berkaitan dengan kemasan, pemasangan pintu, dan perkhidmatan kejuruteraan, khusus untuk dibekalkan kepada Proton dan Perodua. Pengeluaran komponen kemasan dan bingkai menggunakan teknologi pembentukan gelekan, penyempritan, pembalduan dan pembengkokan tekan yang terdapat di kilang Nilai (Ingress Engineering and Ingress Precision). Sebagai pemilik tunggal teknologi ini di Malaysia, Ingress mampu mengeluarkan produk bermutu tinggi pada kos yang kompetitif setaraf dengan piawaian antarabangsa. 
            Melalui subsidiarinya, Ingress Engineering Sdn Bhd dan Ingress Precision Sdn Bhd yang berlokasi di Nilai, Kumpulan INGRESS telah berjaya meluaskan pembekalan komponen kemasan dan komponen yang berkaitan dengan bingkai kepada kebanyakan model kereta Proton. Kini, dengan pembekalan empat model setahun, Kumpulan INGRESS telah membuktikan kebolehannya untuk mengeluarkan produk yang ditempah khas, disokong oleh teknologi pengeluarannya serta kepakaran dalam syarikat. Kumpulan INGRESS juga bangga dengan kejayaannya dalam pengeluaran komponen bagi segmen kereta kecil yang amat popular, model Kancil. Ingress Technologies Sdn Bhd (subsidiari yang berlokasi di Bukit Beruntung) mengeluarkan “pemasangan pintu lengkap” serta “apron” bagi model Kancil.

DERMAGA METAL WORK Sdn. Bhd.- Part 2



2.0 SYARIKAT


2.1 Latar Belakang Syarikat

Dermaga Metal Work Sdn. Bhd yang dahulunya dikenali sebagai TMW Engineering Sdn.Bhd yang telah ditubuhkan pada tahun 2010. Hal ini kerana ia, merupakan kesinambungan dalam pengalaman pembuatan yang bertahun-tahun daripada pemilik Korea. Perniagaan utama Dermaga Metal Work Sdn.Bhd adalah untuk menyediakan stamping bahagian untuk syarikat perkilangan elektronik yang berada disekitar kawasan perindustrian. Sebagai sebuah syarikat yang berpengalaman dalam penglibatan lebih daripada 10tahun dalam industri, DMW telah dilengkapi dengan keadaan pembuatan seni, kedai mesin dan mesin stamping.



Ahli-ahli pengurusan DMW adalah sebahagian besar telah mempunyai banyak pengalaman dalam industri-industri di mana kebanyakkannya terdiri daripada mereka yang telah bekerja dengan komponen besar elekronik bagi syarikat pembuatan dalam bidang pengeluaran dan jabatan pengurusan pengeluaran. DMW telah diasaskan pada falsafah untuk menyediakan perkhidmatan yang tiada tandingan bagi syarikat yang mencari komponen bahagian setem dan juga penyemburan bahagian luar setem dan pembuatan. DMW mempunyai pasukan pengendali yang berpengalaman, iaitu Machinist, QA/QC, Sistem Pengeluaran, Pengurus Pengeluaran, Anggota Pengurusan akan memastikan keseluruhan proses dalam bahagian stamping memenuhi keperluan. DMW telah mula membekalkan bahagian setem utama bagi bahagian automatif pengeluaran pada tahun 2010. Hal ini dapat dibuktikan melalui kualiti dan pelanggan DMW yang telah berpuas hati dengan komponen kereta yang dikeluarkan dan sekaligus membuktikan kejayaan DMW.



Dengan pelbagai pengalaman dan latar belakang dalam industri ini, Syarikat DMW telah mempelbagaikan pasaran dalam bahgian komponen besi kereta. Oleh itu, Syarikat DMW sentiasa mencari pertumbuhan dan peluang untuk terus berusaha secara berterusan dan berharap supaya reputasi dan kualiti yang sudah ada membolehkan syarikat DMW kekal berjaya dalam masa depan yang akan datang.



Syarikat Dermaga Metal Work ini mempunyai subsidairi atau anak syarikat iaitu Dermaga Sari Holdings Sdn.Bhd, YAG College Sdn Bhd (Unifield Technology College), Dermaga Oil & Gas Sdn Bhd (Oil & Gas), Dermaga Engineering Sdn Bhd ( Engineering and Services), Dermaga Tenaga Sdn Bhd ( Electrical Engineering and Power Services), Rimbun Dermaga Sdn Bhd ( Plantation), Dermaga Metal Work Sdn Bhd.

2.1.1   Objektif Syarikat DMW

  • menyediakan kualiti sangat tinggi dan tekal kepada pelanggan yang boleh dicapai melalui dasar dan objektif pembuatan.
  • untuk mencapai matlamat di bawah 2.5% kecacatan LOT masuk kepada pelanggan
  • pengubahsuaian produk dibuat bagi menjamin nilai kos yang kompetitif.
  • untuk mencapai "ZERO" kadar kemalangan di kilang
  • untuk mencapai matlamat dibawah 0.1 % kadar pengeluaran penolakan.
          
                                    2.1.2   Prinsip dan  Falsafah DMW
  •  untuk menyediakan perkhidmatan dan produk yang memenuhi keperluan dan jangkaan pelanggan.
  •  untuk menyediakan penyelesaian yang inovatif, kreatif dan nilai kos.
  • peningkatan yang berterusan dan mempelbagaikan produk yang kompetitif perkhidmatan dan membuat penyelesaian masalah. 
  • menerapkan modal insan dalam pembangunan sebagai asas syarikat.
  • pengurusan DMW yang komited bagi mematuhi keperluan standard iaitu ISO 9001:2008. 
  • Terus meningkatkan keberkesanan sistem pengurusan kualiti. 
                                                              
                      2.2      Lokasi Syarikat
                       Syarikat Dermaga Metal Work Sdn Bhd. beroperasi di alamat seperti berikut :

    No. 27 & 29, Jalan Lombong Emas 4, Seremban Industrial Park, Jalan Tun Dr.Ismail, 70300  Seremban.



2.3 Perkhidmatan/Produk/Kedua-duanya


Syarikat Dermaga Metal Work Sdn Bhd mempunyai keupayaan untuk menghasilkan bahagian suntikan acuan sehingga 1600 Tan kuasa pengapitan. Syarikat ini mempunyai kepakaran dalam Stamping, Ekzos, Perisai LCD panel, Memantau industri, Plat output LCD, Automotif haba perisai, Panel pintu dan Pedal brek automotif.

Dari segi perkhidmatan yang ditawarkan oleh Syarikat Dermaga Metal Work Sdn Bhd adalah berusaha dengan berterusan untuk memahirkan kelebihan industri pembuatan tersebut dan Syarikat sentiasa melakukan sumber untuk inisiatif penyelidikan dan pembangunan (R & D) baru dan dinamik dengan kemajuan reka bentuk lukisan dan teknologi CAD untuk pembangunan produk, pengeluaran prototaip dan acuan.

Selain itu juga, Ujian kepakaran adalah elemen utama untuk memastikan bahawa Syarikatnya memenuhi kualiti dan spesifikasi pelanggan. Untuk memaksimumkan kelebihan daya saing dan untuk memastikan sokongan yang lengkap kepada pelanggan, Syarikat mengambil inisiatif dengan membuat pelaburan berintensifkan modal yang besar dalam peralatan ujian akhir yang tinggi.

2.4 Produk yang Ditawarkan oleh Syarikat
 
Antara produk yang dihasilkan atau dikeluarkan oleh Syarikat Dermaga Metal Work Sdn Bhd ialah mereka mengeluarkan komponen-komponen besi untuk bahagian dalaman dan luaran kereta sahaja.





Monday, 20 May 2013

DERMAGA METAL WORK SDN.BHD part.1

1.0         INDUSTRI
1.1         Latar Belakang Industri
Sektor automotif merupakan industri penting kepada ekonomi Malaysia. Sumbangan sektor ini kepada ekonomi negara adalah besar, serta berkait rapat dengan sektor pembuatan dan perkhidmatan. Sektor automotif bermula dengan pengimportan kenderaan yang kemudiannya berkembang kepada operasi pemasangan serta pembangunan industri komponen automotif. Industri pembuatan Malaysia mula berkembang pesat sejak awal 1980an apabila negara menyaksikan peralihan ekonomi daripada yang berasaskan pertanian kepada yang berasaskan industri.

Penubuhan Proton pada tahun 1985 diikuti dengan Perodua pada tahun 1993 bertindak sebagai pemangkin kepada perkembangan sektor automotif. Ini turut menyebabkan perkembangan industri komponen automotif yang seiring. Ini menandakan bermulanya fasa baru bagi sektor automotif Malaysia di mana teknologi dan kemampuan tempatan dibangunkan sejajar dengan Pelan Induk Industri Kerajaan. Dalam konteks ini, Malaysia berbangga menjadi satu-satunya negara membangun di dunia yang memiliki kemampuan rekabentuk automotif dan kejuruteraannya sendiri. Peralihan besar ini bertolak dari kesedaran bahawa negara perlu mengurangkan kebergantungan ke atas import dan perlu mewujudkan sektor berasaskan teknologi bagi menjamin kejayaan ekonomi negara. Teras Pertama dalam Rancangan Malaysia Ke-9 menyatakan hasrat Kerajaan untuk memberi tumpuan secara berterusan terhadap beberapa bidang tertentu termasuk industri pembuatan.

Industri ini mempunyai kaitan dengan perniagaan pembuatan produk, tidak termasuk utiliti, pengangkutan dan syarikat-syarikat kewangan. Analisis industri adalah suatu alat pasaran strategik yang digunakan oleh peniaga untuk menentukan sama ada mereka mahu memasuki pasaran produk atau perkhidmatan. Selain itu, industri ini juga satu jenis penyelidikan pelaburan yang bermula dengan memberi tumpuan kepada status industri. Istilah-istilah industri dan sektor sering digunakan silih berganti untuk mengambarkan satu kumpulan syarikat yang beroperasi dalam segmen ekonomi yang sama atau berkongsi satu jenis perniagaan yang serupa. 

Walaupun istilah industri ini yang biasa digunakan silih berganti tetapi sebenarnya ia mempunyai makna yang berbeza dan istilah industri mengambarkan satu kumpulan yang lebih khusus kepada syarikat atau perniagaan. Syarikat pengurusan perlu menganalisis beberapa aspek industri dengan lebih berhati-hati untuk menentukan sama ada perniagaan tersebut boleh membuat keuntungan atau tidak dengan menjual barangan dan perkhidmatan di pasaran. Pasukan kerja dalam industri keseluruhan adalah satu komponen penting dalam perancangan strategik yang berkesan. Analisis industri membolehkan pemilik perniagaan mengenal pasti ancaman dan peluang yang bakal dihadapi oleh peniaga serta memberi tumpuan kepada sumber-sumber mereka untuk membangunkan keupayaan yang unik dan boleh membawa kepada kelebihan kompetitif.

Analisis industri terdiri daripada tiga elemen iaitu kuasa-kuasa asas di tempat kerja dalam industri, daya tarikan keseluruhan industri dan faktor-faktor kritikal yang menentukan kejayaan sesebuan perniagaan dalam industri. Industri perniagaan bergantung kepada lima kuasa iaitu potensi untuk pesaing baru memasuki pasaran, kuasa tawar-menawar pembeli dan pembekal, ketersediaan barang-barang gantian dan pesaing serta ciri-ciri pesaing.



1.2    Peralatan Dalam Industri

                             
                          Rajah 1 : Jenis-Jenis Industri Pembuatan di Malaysia

Merujuk kepada  gambar rajah 1 di atas menujukkan jenis sektor atau industri pembuatan kenderaan adalah merupakan industri yang kurang meluas di Malaysia iaitu mencatat peratusan yang paling rendah sebanyak 48.28% berbanding dengan sektor-sektor yang lain.

Agensi kerajaan adalah agensi dan syarikat perunding yang menawarkan perkhidmatan berkaitan dengan analisis penyelidikan industri. Sumber-sumber ini boleh memberikan maklumat yang relevan serta maklumat kuantitatif yang banyak kepada trend naratif dan boleh membuat perubahan dalam industri. Alat-alat agensi kerajaan dalam industri adalah orang-orang tertinggi dalam kerajaan yang akan memantau industri untuk mendapat dan menyediakan data yang boleh dipercayai. Mereka memainkan peranan utama yang bertindak sebagai badan yang memantau dan mempunyai akses kepada data dalam kuantiti yang besar. 

 1.3  Kunci Persaingan

 Pesaing dianggap sebagai salah satu asas dalam ekonomi pasaran kapitalis. Bidang ekonomi asas yang wujud ialah persaingan jangka pendek yang menyebabkan kewujudan persaingan dalam struktur pasaran yang berbeza untuk mencari atau mendapatkan keputusan dalam ekonomi pasaran. Bahagian yang paling penting membuat idea baru agar berjaya adalah untuk mengetahui dan memahami kunci kepada pesaing utama sebelum membuat rancangan perniagaan. Pesaing utama dalam perniagaan perlu untuk melakukan beberapa kajian yang menyeluruh tentang perniagaan mengetahui siapa pesaing yang bersaing dengan kita. Di samping itu, persaingan juga harus dikenalpasti dalam peniagaan yang mempunyai beberapa strategi yang berkesan yang boleh menjadi pesaing bagi perniagaan kita pada masa hadapan. Persaingan akan wujud dalam apa jua keadaan terutama apabila perniagaan tersebut berkembang.

Apa yang dikatakan sebagai pesaing ialah mengeluarkan produk atau perkhidmatan yang sama, terutamanya dari segi kualiti. Industri pembuatan kenderaan merupakan industri yang bernilai tinggi berkembang pesat pada hari ini. Apabila berada di landasan yang sama dan mengedar produk pembuatan yang sama mungkin antara Syarikat Demaga Metal Work Sdn. Bhd. ini akan menghasilkan kualiti produk yang lebih baik dan berkualiti. Persaingan akan wujud di mana-mana industry untuk bersaing. Persaingan dalam perniagaan akan membawa kepada peningkatan dan memajukan lagi perniagaan sekiranya peniaga berjaya menghadapi persaingan.

Jenis industri yang dijalankan oleh Syarikat Dermaga Metal Work Sdn. Bhd ialah industri pembuatan peralatan besi bagi menghasilkan komponen kecil  untuk kenderaan terutamanya pacuan empat roda. Antara fungsi-fungsi perniagaan syarikat Dermaga Metal Work ialah mengeluarkan bahagian-bahagian kecil untuk kenderaan contohnya “ bahagian pintu kereta”, bagi jenama untuk kereta  Perodua, Proton.